SALAM MUHIBBAH BEKAS PELAJAR SM MAJIDI BARU, JOHOR BAHRU JOHOR DI SELURUH DUNIA

PENAJA

Monday, May 4, 2009

Rock Kapak

Rock kapak brader, maseh ingat lagi dengan kehebatan dan kemeriahan Rock 80an dulu tu. Kemunculan kumpulan-kumpulan Rock bagaikan cendawan yang membiak tiada batasan. Pabila sebut nama-nama seperti Search, Gersang, Lefthanded, Crossfire, Wings, Junction, Desire, May, GET, Sofea, U-Topia, Ababil, Black Rose, Bloodshed, BPR, Ekamatra dan lain-lain lagi, pasti anak-anak muda zaman 80an teringat dengan siulan lagu-lagu merdu: Sendiri, Isabella, Bunga Padang Pasir, Realiti & Fantasi, Cinta Sejuta Warna, Tiada Lagi Kidungmu, Sejati, Masih Aku Terasa... haha, mustahil untuk dilupakan. Bayangkan, zaman sekolah menangah antara 1983-1987 tu memang pesat membangun dengan kumpulan2 rock nie.
Muzik-muzik di TV3 dikuasai oleh kumpulan2 nie la.. Kalau nak tengok mcm mana rupanya zaman tu, tengoklah cerita "Rock".
Fesyen seluar ketat belang2, ada lambang sunrise la memang best la. Bersambung seterusnya pada 1990-1992 dengan imej baru. Sedikit turun lepas tahun 1992 di mana muzik Rap melanda tanah air...

Tu lah serba sedikit yang nak dicheritakan dan yang terkenang semasa di zaman 80an yang havoc dengan budak-budak Rocknya... Hidup Rock...

Gambar di atas adalah dipinjam dari "MelayuRock". Kalau nak tengok koleksi Rock 80an, boleh pi kat website nie: http://melayurock.blogspot.com/ dan http://www.lagendarock.com/


No comments:

PENAJA

MAJIDEE CHAT