SALAM MUHIBBAH BEKAS PELAJAR SM MAJIDI BARU, JOHOR BAHRU JOHOR DI SELURUH DUNIA

PENAJA

Monday, May 4, 2009

KENANGAN PERSEKOLAHAN ZAMAN 80AN….

KENANGAN PERSEKOLAHAN ZAMAN 80AN…..

Anda bersekolah thn 80an?????….kalu ye sila la baca….bila korang baca sure korang teringat balik zaman persekolahan korang dulu2….

Tanda2 anda adalah bayi thn 80an….

Kita membesar dengan menonton citer kartun G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Minkey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

Berus gigi time waktu rehat kat Skolah rendah????… hmm, mesti pegang cawan warna warni kan…. mencangkung kat tepi parit/longkang dgn classmates sume kat sebelah….

ingat tak, misi kat sekolah masuk kelas dgn list dentist appointment… sume dh kecut perut takut nama naik…. pastu dgr bunyi gigi member kita kene gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kene la tampalkan…. ada gak yang kene cabut… huwaaaaaaaaaaaa…sakit beb…

ni sure korang igt… program minum susu di sekolah… nk galakkan budak2 cam kita time tu minum susu…. sekotak baru 30 sen je beb….

Cikgu2 plak kalu nk denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu…n pukul kat tapak tangan kan???? igt tak….

Tapi bunyi loceng la yang paling best skali. boleh beli aiskrim kat apek kat luar sekolah tu…. lagi satu loceng masa nk pegi rehat. tinggalkan keje skolah, jom kita pegi mkn. Budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti dapat kuar awalkan… ha makanan dia plak murah je… semangkuk mi sup ke mihun sup ke, laksa ke, nasi goreng ke, 50 sen je kat kantin….

Masa dulu cuma ada Hankyu Jaya, Yaohan je shopping compleks yang popular untuk meluangkan masa dengan family. ni those for yg duduk kat kl la kan…

Time sekolah menengah, sure msti korang sume beli kasut sekolah Bata BM Turbo ataupun Pallas Jazz. Ada juga yang suka kasut high-cut buatan cina tu…. adajuga yang suka pakai stokin tebal kan….

Lagi satu yang seronok masa time Pendidikan Jasmani, PJ ni leh main bola la…. badminton la… rounders la…. bola tampar la… n mcm2 lagi la… tp permainan yang paling digemari ramai…. main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, "Pepsi Cola One-Two-Three", "Police Sentry", main kejar2 n duduk…. pastu dh abis main kita ilangkan dahaga dengan aiskrim 10 sen yang tube aiskrim ada byk2 color tu… n kalu nk mkn kene patah kan kat tengah2 dia n kadang2 kongsi dengan kawan kan….

Kalau kita pegi kedai runcit @ kedai mamak msti beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang, Chocolate Balls yang ada mainan kat dlm die, ‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum n tak di lupakan juga, ‘Ti Kam’. Bila dah abis exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family la dlm kelas kan kan…. igt tak????

Hmm.. budak2 kat universiti skang ni kebanyakkan nye lahir thn 1987/1988 n skang pon diorg digelar remaja kan….

Diorg mana penah dgr lagu ‘We Are The World, We Are The Children..’ dan lagu ‘Uptown Girl’ yang diorg tau nyanyian Westlife bkn Billy Joel nyanyi….

Bagi diorg skang ni ada satu je Jerman dan Vietnam kat dunia ni….

Internet?? Email??? menda apa lah tu ye…. CD??? apa tu??? kaset tape penah la dgr… tiket wayang pon cuma 5 inggit je masa tu tau….

AIDS wujud sejak diorg lahir….

CD pon wujud sejak diorg lahir….

Micheal Jackson pon dh putih dh time tu..hehehe

Yang diorang tahu Spiderman dgn Incredible Hulk tu adalah filem2 baru….

Diorg tak ble bayangkan skrin hitam putihutk sebuah komputer…

Diorang tak penah tau pon ada ‘Atari’ dgn ‘Game & Watch’…. Diorang pon tak caya penah ada TV hitam putih…. dan diorg skang tak reti nak switch on TV kalu xde remote control kan…..

Diorang pon mgkn tak paham macam mana kita boleh survive dekat universiti tanpa h/phone….

Hmmm…. jom kita check kita ni dh tua sgt ke…

1. kalu korang paham apa yang korang baca kat atas mesti ko rang akan tersenyum sendirian sambil teringan masa zaman dulu2 kan….

2. kebanyakkan member2 sekolah kita mesti dh kawen n dah ada anakkan ….

3. korang sume sure pelik bila nengik budak kecik yang belum kenal huruf ble main komputer dgn selambe nye….

4. Kita geleng kepala bila tengok budak2 sekolah menengah guna h/phone….

5. Kita dh tak banyak bersembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari kos skang ni kan dah budak2 sekolah lebih suka anta sms or melalui internet

6. bila jumpa member lama dari masa ke semasa, kita msti seronok bersembang pasal citer2 lama, citer2 klakar yang kita alami masa dulu time kita kecik2 n nakal2 dulu2 n perbuatan kita mendajal kwn2 kita kan….

7. last skali, bila baca artikel ni msti korang terpk tuk memberitahu kwn2 lama korang kan… sure diorang pon suke punye…hehehehe

teringat tak masa zaman dulu2???? msti teringat kan….

.:bila baca artikel ni aku teringat zaman persekolahan aku dulu… aku ni bkn la murid/pelajar yang disayangi oleh guru tetapi aku ni pelajar yang nakal dan suka wat bising dlm kelas…hehehehe… tapi aku still gak berjaya mendapat apa yang aku hayati…. untuk kwn2 aku dr aku sek ren smpi la skang ni… terima kasih kerana korang sudi menceriakan dan membahagiakan hidup aku…. aku akan sentiasa mengingati korang sampai ke akhir hayat

PENULIS ADALAH KAMSINA ZAINAL

http://kamsinazainal.blog.frienster.com

No comments:

PENAJA

MAJIDEE CHAT