SALAM MUHIBBAH BEKAS PELAJAR SM MAJIDI BARU, JOHOR BAHRU JOHOR DI SELURUH DUNIA

PENAJA

Saturday, May 16, 2009

TG BALAU, HIDUP PELANCONGAN NEGERI JOHOR


Pantai Tanjung Balau
Info

Pantai Tanjung Balau bukan sahaja menawarkan keindahan panorama yang indah malahan perkampungan nelayan dan Muzium Nelayan Tanjung Balau yang sedia dikunjungi.

Di perkampungan nelayan, pengunjung berpeluang untuk beramah mesra dengan penduduk dan merasai kehidupan sebenar mereka dengan tinggal bersama-sama dengan mana-mana keluarga. Di samping, berpeluang merasai masakan tradisi yang pelbagai dan sedap.

Muzium Nelayan Tanjung Balau telah dibina dalam tahun 1985. Muzium ini menyimpan pelbagai khazanah berkaitan cara hidup, teknik dan perkakasan nelayan sejak zaman-berzaman.

Dari Bandar Kota Tinggi, anda bergerak terus sejauh 47 km. Apabila tiba di satu simpang di mana terdapat stesyen minyak Petronas di sebelah kiri, anda masuk ke selekoh sebelah kiri. Lebih kurang 5km dari simpang tersebut, anda akan menemui bulatan (round-about) yang pertama. Masuk simpang ke kanan (pukul 3) dan anda akan tiba di Pantai Tanjung Balau kira-kira 1km dari simpang tersebut.


Muzium Nelayan Tanjung Balau

Para nelayan yang tinggal di pantai timur menggunakan beberapa kaedah purba untuk menangkap ikan; ada di antara mereka yang mengamati bulan atau melihat kaki langit untuk menentukan perubahan cuaca.

Muzium ini terletak di utara Desaru dan dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Ianya merupakan sebahagian daripada projek pembangunan di kampung nelayan di Tanjung Balau.

Berbagai bahan pameran dipaparkan di sini termasuk jenis-jenis jala ikan, takal memancing serta replika peralatan yang digunakan pada zaman dahulu. Terdapat juga berbagai jenis bot tradisional, rakit, serta lain-lain bentuk pengangkutan air yang digunakan oleh nelayan tempatan.

Singkapi kepercayaan yang dipegang nelayan tempatan dan ketahui pelbagai kisah-kisah menarik mengenai aktiviti memancing dan teknik-teknik memancing yang dipamerkan di muzium ini.

Tips
Sila lawati Muzium Nelayan untuk mengetahui lebih banyak lagi!

Pengangkutan
Kereta
Dari Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), ambil susur keluar di persimpangan Kulai (Persimpangan 252) ke jalan raya utama menuju ke Kota Tinggi (Jalan Raya 94 dan 3). Tanjung Balau terletak kira-kira setengah jam perjalanan kereta dari pusat pekan Kota Tinggi.

Bas
Bas bertolak dengan kerap dari Terminal Bas Larkin di Johor Bahru (di Jalan Garuda) menuju ke terminal bas Kota Tinggi di Jalan Niaga Utama.

No comments:

PENAJA

MAJIDEE CHAT